Carte dan Mishaal Bertemu di Damsyik ?

Rabu,9/4/2008 –Sumber tertinggi politik dan diplomatik di Damsyik, Syria pada Selasa lalu menyatakan bekas Presiden AS Jimmy Carter merancang untuk menemui Khaled Mishaal, Ketua Biro Politik Hamas di Damsyik dalam bulan ini.

Sumber tersebut tanpa menyatakan nama memberitahu Quds Press lain-lain tokoh antarabangsa berprofil tinggi termasuk bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Anan, dan Perdana Menteri New Zealand dikatakan akan menyertai Carter dalam pertemuan itu.

Sumber itu juga mendedahkan sebenarnya perwakilan itu dijadual melawat Palestin dan menemui pemimpin politik Hamas di Semenanjung Gaza, tetapi Israel menolak lawatan delegasi tersebut dan memindahkannya ke Damsyik dengan tujuan untuk bertemu Mishaal.

Tetapi menurut sumber, tekanan hebat dikenakan terhadap anggota delegasi untuk membatalkan lawatan itu, walau bagaimanapun sumber itu menambah, Carter seorang yang bertahan atas tekanan tersebut dan berkeras untuk meneruskan rancangannya.

Sumber itu menjangka perbincangan meliputi isu gencatan senjata, pertukaran banduan dan perdamaian dikalangan penduduk Palestin .

Carter adalah sebahagian daripada lebih 1,000 orang penyelia asing yang mengawasi pilihan raya perundangan PA pada Januari 2006 dan membuktikan bahawa pilihan raya itu adalah bebas, adil dan telus.