Ging: Kehidupan di Penjara Lebih Baik Berbanding Kehidupan di Gaza.

Rabu,9/4/2008 –
Pengarah UNRWA John Ging berkata dalam satu perhimpunan anjuran agensi beliau dan WHO di Gaza bahawa kehidupan para penghuni penjara di seluruh adalah lebih baik berbanding kehidupan rakyat Palestin di Gaza akibat daripada sekatan kejam dan haram rejim Zionis.

“Wartawan menyifatkan Gaza sebagai penjara terbuka dan keadaan di penjara lain di luar negara adalah lebih baik daripada di Gaza”, tegas beliau sambil menyifatkan layanan kesihatan di penjara Eropah jauh lebih di Gaza.

Dalam konteks yang sama, Dr. Basim Naim Menteri Kesihatan di Gaza memberi amaran tahap kesihatan rakyat Gaza amat meruncing dan sudah mendekati tahap maut. Beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk menekan pihak Zionis untuk tidak menyekat hak-hak rakyat Gaza untuk menyelamat rakyat Gaza daripada bencana kesihatan,

Dalam masa yang sama, kedatangan para murid dan guru ke sekolah semakin menurun akibat sekatan bahan api ke Gaza oleh Zionis. Kementerian Pendidikan telah merayu pada masyarakat antarabangsa terutama kepada UNESCO dan UNICEF untuk menekan Israel membatalkan sekatan atas Gaza dalam usaha meneruskan pendidikan ilmu di Gaza.