Pemimpin2 kerajaan memberi amaran akibat dan implikasi pengepungan Israel.

Khamis,10/4/2008 –Kerajaan sementara diketuai oleh Ismail Haneyya menegur implikasi dan akibat dari pengepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza, meletakkan kepimpinan PA melakukan pakatan sulit dengan Israel dalam mengetatkan pengepungan dengan tujuan agar orang Gaza segera menggulingkan Hamas.

Pada sidang media, Taher Al-Nunu mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa pegawai PA di Ramallah bertindak tidak meninggalkan pengepungan tersebut selagi kerajaan yang diketuai oleh Ismail Haneyya dengan tegas membuktikan penglibatan PA dalam pengepungan Israel di Gaza.

Nunu menambah bahawa pemerintah Israel tidak membekalkan keperluan baha api adalah sebagai satu percubaan untuk membuat pemberontakan warganegara dan menjatuhkan secara demokrasi dilantik kerajaan.

Jurucakap itu menggariskan yang pengepungan merupakan sebahagian hukuman kolektif digunapakai Israel pada penduduk Palestin yang bertindak untuk memilih untuk tabah dan melawan, dan menolak rundingan-rundingan mereka yang remeh dan perjanjian-perjanjian memalukan.