Briged Qassam : Tiada Keamanan Kepada Rejim Zionis.

Khamis,10/4/2008 –Sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam (QB) pada Rabu lalu memberi amaran kepada tentera Israel bahawa “peraturan permainan” di Semenanjung Gaza telah berubah dan bahawa mana-mana pencerobohan rejim Zionis di Gaza bukanlah sebagai aktiviti “perkelahan”.

Amaran QB hadir selepas seorang pegawai elit rejim Zionis terbunuh dan dua orang yang lain cedera semasa serangan rejim Zionis di bandar Khan Younis, tenggara Gaza. Seorang pejuang QB mati syahid dalam pertempuran bersenjata itu.

Menurut sumber tempatan, sepasukan tentera rejim Zionis cuba menuju ke bandar Jabalya, utara Gaza bandar raya tetapi diserang oleh pejuang-pejuang QB yang memaksa tentera tersebut berundur.

“Pembunuhan pegawai rejim Zionis adalah suatu mesej jelas untuk penceroboh yang menyatakan sebarang serangan rejim Zionis ke Gaza akan membayarnya dengan harga yang tinggi kerana peraturan permainan telah bertukar di Semenanjung Gaza”, kata Abu Obaida selaku jurucakap QB.