Qassam : Kematian Jika Ceroboh Gaza.


Abu Obaida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam (QB) pada Khamis lalu memberi amaran kepada askar-askar rejim Zionis yang mereka akan menemui kematian jika mengambil risiko untuk menceroboh Semenanjung Gaza. Dalam satu kenyataan akhbar yang diadakan di bandar Gaza dengan satu salinan diperolehi PIC, Abu Obaida menyatakan puak-puak penentang dari Palestin bersedia untuk bertempur dengan askar-askar rejim Zionis “bila-bila masa yang mereka mahu”.

“Kita tidak takut dengan musuh kita kerana peperangan kita dengan penceroboh [Israel] telalu panjang dan semua pintu di hadapan kita adalah terbuka untuk memerangi musuh”, kata Abu Obaida sambil menambah “Tuduhan para pemimpin teroris di dunia terhadap penduduk Palestin sebagai pengganas meningkatkan lebih penghormatan kepada kita kerana kita tahu kita bertarung untuk kebebasan negara kita dan untuk pembebasan orang kita, dan kami bersedia membayar dengan harga yang tinggi”.