Rejim Zionis Tahan Beberapa Rakyat Palestin, Saman Yang Lain di Tebing Barat

Rabu, 27-01-2021 – Pasukan rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah menahan beberapa orang Palestin dari Tebing Barat dan menyampaikan saman kepada beberapa yang lain untuk disoal siasat oleh agensi perisikan tentera.

Di Bethlehem, tentera Zionis telah menahan dua bersaudara dari kem pelarian Deheisheh, di selatan bandar tersebut.

Sumber tempatan mengatakan bahawa rejim Zionis telah menahan dua saudara lelaki Muhannad, 25, dan Rami Fahmy Qawar, 19, setelah menyerbu dan menggeledah rumah kediaman keluarga mereka.

Tentera rejim Zionis juga menyerbu bandar Bir Zeit di daerah Ramallah, dan menahan Thaer Washha di rumahnya.

Di bandar Beit Rima, rejim Zionis menahan Omar al-Rimawi, seorang pelajar di Universiti Birzeit, setelah memecah masuk rumahnya di bandar itu.

Sementara itu, pasukan rejim Zionis telah menyerbu kota al-Khalil dan beberapa pemuda dipanggil untuk disoal siasat. Salim Rajoub juga ditahan di pusat pemeriksaan di al-Khalil.

Pada malam Ahad lalu, polis Israel telah menahan empat kanak-kanak lelaki di barat laut Baitulmaqdis yang Diduduki.

Saksi melaporkan bahawa polis Zionis telah menahan tiga kanak-kanak lelaki Majd Ramadan Abu CafĂ©, Mu’tasim Ahmed Gharib dan Muhammad Salim Gharib dari kampung Beit Ijza sementara kanak-kanak lelaki bernama Ayser Musa Eid Salem ditahan di kampung Bado.

Mereka ditahan ketika mereka berada di pintu masuk kedua-dua kampung tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul