Pendirian Pemimpin Arab Di Selar.

Isnin,14/4/2008 –
Dr. Ruhayyel Al-Gharayba, Timbalan Setiausaha Agung Barisan Bertindak Islam yang merupakan parti berpengaruh di Jordan telah membidas pendirian rejim Arab terhadap penderitaan penduduk Palestin di Gaza.

Gharayba juga memberi amaran tindak balas “keras” akan berlaku yang boleh memecah semua jangkaan dan boleh mengubah skala politik di rantau ini dari sebelah atas ke bawah.

Apabila ditanya mengenai peranan AS dan Israel terhadap sekatan itu Gharayba berkata AS tidak peduli malapetaka yang akan berlaku di rantau ini jika beliau dan kerajaan Israel melaksanakan agenda “memusnah dan menakutkan” di rantau ini serta menganggap AS dan Israel tidak kisah mengenai nasib mereka di kawasan ini.

“Pemimpin-pemimpin Arab yang bertaruh atas kekuatan AS dan Zionis kini terperdaya kerana pengalaman menceritakan samada AS ataupun Israel, kedua-duanya tidak membuat penerangan kepada mereka mengenai kepentingan ejen-ejen di rantau ini serta kepentingan politik mereka sendiri”, kata Gharayba.

Tetapi, beliau menganggap tanpa bantuan Mesir, Jordan dan Kingdom Arab Saudi tentu rancangan AS di rantau tidak boleh berjaya sambil mendesak tiga negara Arab itu supaya menggagalkan rancangan-rancangan AS di rantau ini.