Hamas : Keputusan Presiden Mauritania Di Alu-alukan.

Selasa,15/4/2008 –Pergerakan Hamas mengalu-alukan keputusan yang diambil oleh Presiden Mauritania, Sidi Ould Sheikh yang terpanggil untuk menilai semula hubungan negaranya dengan Israel sebagai respon kepada pendapat umum rakyat Mauritania serta menganggap ia satu “langkah berani dengan tujuan yang betul.”

Hamas berharap keputusan ini akan menggesa semua negara Arab dan Islam yang menjalinkan hubungan mereka dengan penceroboh Israel agar mempertimbangkan semula hubungan mereka ini.

Hamas yang menyokong langkah berani ini meminta agar dibentuk satu pakatan Arab dan Islam untuk menyokong keadilan hak-hak penduduk Palestin dan kepentingan Arab dan Islam terhadap perikatan Zionis-Amerika yang meluaskan kuasa mereka dan mempamerkan ancaman tersembunyi bukan sahaja untuk penduduk Palestin malahan juga kepada seluruh rantau ini.