Dr. Jamal Al-Khudari : Gaza Kekurangan Bahan Api.

Rabu,16/4/2008 –Pengerusi jawatankuasa anti pengepungan di Semenanjung Gaza, MP Dr. Jamal Al-Khudari pada Selasa lalu berkata keputusan Israel membenarkan kemasukan bahan api yang terhad ke Semenanjung Gaza tidak menyelesaikan masalah di wilayah tersebut.

Menurut Khudari, Semanajung Gaza memerlukan tujuh juta liter minyak diesel dan tiga juta liter minyak petrol untuk menghidupkan kembali Semenanjung Gaza yang lumpuh selepas hampir setahun sekatan ekonomi Israel yang tidak adil di tengah-tengah ketidakacuhan yang jelas ditunjukkan oleh sebahagian komuniti antarabangsa.

“Enam hari berturut-turut penceroboh [Israel] menyekat bekalan bahan api ke Gaza yang menjejaskan semua aspek kehidupan penduduk Palestin terutama sektor kesihatan dan pendidikan kerana pesakit tidak dapat sampai ke hospital dan pelajar-pelajar tidak dapat hadir ke sekolah dan universiti disebabkan kekurangan kenderaan pengangkutan walaupun peperiksaan akhir mereka semakin hampir”, kata Khudari dalam satu kenyataan akhbar yang dibuat di Gaza dan satu salinan telah diperolehi PIC.