12 Rakyat Palestin di Gaza Maut Semalam.

Khamis,17/4/2008 –Sebuah roket yang dilepaskan rejim Zionis Rabu lalu dengan mensasarkan sebahagian penduduk di tengah Semenanjung Gaza telah membunuh 12 rakyat Palestin manakala kebanyakan yang lain tercedera, menurut laporan sumber perubatan.


Mereka berkata pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan berhampiran Masjid Ihsan, timur Juhr Al-Dik di tengah Gaza dan menyatakan di kalangan mereka yang terbunuh merupakan seorang ibu bersama anak lelakinya.

Saksi-saksi berkata enam helikopter Apache rejim Zionis melepaskan empat hingga enam buah roket terhadap sekelompok penduduk termasuk kanak-kanak yang bermain berhampiran dengan padang di Juhr Al-Dik. Paramedik berkata kebanyakan anggota badan yang terbunuh bertaburan disebabkan serangan tersebut.

Bilangan penduduk Palestin yang terbunuh setakat hari Rabu ini ialah 17 orang selepas kematian seorang warganegara Palestin petang ini dalam dua serangan udara rejim Zionis di Beit Lahia, utara Gaza yang juga mencederakan lima orang yang lain.

Empat ahli Briged Qassam, sayap puak bersenjata Hamas telah terbunuh pada subuh Rabu lalu semasa bertempur dengan rejim Zionis di timur pinggir Shujaiah di bandar Gaza.