Peneroka Haram Yahudi Cemar Halaman Al Aqsa

Isnin, 15-02-2021 – Peneroka haram Yahudi telah menyerbu Masjid Al-Aqsa yang suci pada pagi Selasa lalu dengan diiring perlindungan polis Israel dan melakukan upacara Talmud.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sekumpulan peneroka haram telah masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa dan membawa peta-peta “Kuil” mereka.

Serangan itu dilakukan dari Pintu Maghareba ke Gerbang al-Silsila, melalui kawasan Gerbang al-Rahma.

Masjid Al-Aqsa mengalami serangan dan pencerobohan oleh peneroka haram dan polis Zionis pada waktu pagi dan petang setiap hari, kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu, polis Israel telah memperketat prosedur mereka di gerbang Masjid Al-Aqsa dan menghalang kemasukan pemuda-pemuda Palestin.

Semua umat Islam di Palestin 1948 dan penduduk Baitulmaqdis terus-menerus diseru untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Al-Aqsa untuk menangkis serangan para peneroka haram Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul