Sekatan Rejim Zionis Membunuh 2 Bayi.

Khamis,17/4/2008 –Dua bayi Palestin meninggal dunia dalam tempoh 24 jam angkara keengganan pihak Zionis membenarkan keluarga bayi tersebut membuat rawatan di luar negara.


Jurucakap bagi kumpulan anti-sekatan, Rami Abdo berkata Nur Al-Huda 7 bulan meninggal selepas gagal mendapat rawatan sempurna di Hospital Gaza dan Mohammed Al-Ajala umur 63 hari meninggal selepas pihak Zionis enggan meluluskan permohonan rawatan di luar Gaza walaupun keluarga bayi tersebut memohon sebanyak 2 kali termasuk menukar nama pengiring bayi tersebut.

Abdo berkata peningkatan mangsa kezaliman sekatan Zionis ini merupakan situasi yang tragis bagi pesakit di Gaza dan merayu kepada semua pihak meningkatkan tekanan ke atas Zionis membenarkan pesakit mendapatkan rawatan di luar tanpa sebarang sekatan dan penangguhan.