Bekalan Bius Kehabisan di Gaza.

Jumaat,18/4/2008 –Kementerian Kesihatan di Gaza Khamis lalu memberi amaran bilik-bilik pembedahan di hospital-hospital Gaza telah ditutup dan semua pembedahan telah ditangguh berikutan nitrus oksida anestetik untuk membius pesakit-pesakit sepanjang pembedahan telah habis digunakan.

Kementerian merayu kepada pertubuhan kesihatan antarabangsa dan semua semua pertubuhan kesihatan dan hak asasi manusia untuk bertindak bagi menamatkan malapetaka ini yang menyeksa para pesakit di Gaza.

Hospital Wafa yang merupakan hospital pakar dalam pemulihan dan pembedahan di Gaza mengumumkan bahawa kakitangan perubatan dan pentadbirannya bersedia menyambung perkhidmatan perubatan untuk kes-kes kecederaan dan hilang upaya selepas hospital dibom sepanjang pencerobohan Israel di Gaza.

Pentadbiran hospital merayu kepada pertubuhan kesihatan dan perubatan antarabangsa untuk terus menyokong terutama hospital berikutan kesukaran yang dihadapi hasil pengepungan dan pencerobohan Israel di Gaza.