Hamas Menganjur Perhimpunan Aman di Lebanon.

Isnin,21/4/2008 –Pergerakan Pertahanan Islam, Hamas telah menganjurkan satu perhimpunan besar di bandar Lebanon dan selatan Sidon Ahad lalu sebagai mengutuk pengepungan ekonomi yang zalim di Semenanjung Gaza serta menunjukkan perpaduan dengan penduduk Palestin yagn dikepung di wilayah itu.

Tokoh agama dan politik terkemuka Palestin dan Lebanon hadir dalam perhimpunan tersebut di mana wakil Hamas di Lebanon, Osama Hamdan meminta negara-negara Arab agar dapat memecahkan kepungan Israel daripada “ancaman merosakkan tangan dan kaki rakyat Palestin”. Hamdan juga menyentuh ancaman yang dikatakan oleh Menteri Luar Mesir Ahmad Abu Al-Ghait terhadap 1.5 juta rakyat Palestin yang dikepung di Gaza.

“Penduduk yang mencipta kehidupan melalui penentangan mereka, walau apa cara sekalipun tidak dapat menerima pengepungan tanpa menghiraukan pihak yang melakukan pengepungan itu”, kata Hamdan dihadapan beribu-ribu orang ramai yang berkumpul dalam perhimpunan tersebut.

“Perjuangan kita menentang musuh tidak berakhir melainkan pencerobohan [Israel] terhadap Palestin berakhir”, ucap beliau sambil menekan bahawa sekatan akan berakhir dan Gaza bersama penduduk Palestin akan berjaya