Majlis Perbandaran Israel Robohkan Kediaman, Usir Keluarga di Baitulmaqdis

Khamis , 18-02-2021 –┬áRejim Zionis pada pagi Selasa lalu telah mengusir sekeluarga warga Palestin setelah merobohkan kediaman sementara mereka di daerah timur Baitulmaqdis, Silwan.

Menurut sumber tempatan, jentolak dari majlis perbandaran Israel telah merobohkan beberapa rumah milik keluarga Abu Rumouz di kejiranan Ras al-Amud di Silwan dan menyebabkan penghuni mereka, termasuk kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal.

Rejim Zionis mendakwa rumah-rumah berkenaan dibina tanpa izin.

Penduduk Baitulmaqdis tidak mempunyai pilihan selain membina tanpa lesen kerana tidak ada pelan struktur yang selari dengan peningkatan semula jadi dalam jumlah penduduk, maka oleh sebab itu, mereka tidak diberikan permit untuk membina rumah.

Rejim Zionis juga mengenakan sekatan pembangunan bagi penduduk tempatan Palestin di Baitulmaqdis dan menyukarkan mereka untuk mendapatkan lesen pembinaan.

Perobohan kediaman Palestin secara sistematik oleh pihak Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki dipercayai bertujuan untuk menyerang kaum keluarga di Baitulmaqdis secara psikologi dalam usaha untuk memaksa mereka untuk berpindah dari kota suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul