Penduduk Yahudi Ceroboh Masuk Kawasan Bersejarah Di Sabsatia Nablus

Khamis , 18-02-2021 –Sekumpulan Yahudi meceroboh masuk kawasan bersejarah di kota Sabsatia, Nablus, Tebing Barat utara, yang dikawal pasukan Israel.

Datuk Bandar Sabsatia, Mohammad Azim mengatakan, sejumlah tentera Israel menutup kawasan bersejarah dan meletakkan tentera mereka di kawasan tersebut sejak awal pagi untuk menjamin keselamatan para pendatang Yahudi yang akan menmasuki kawasan tersebut.

Beliau menambah bahawa pasukan Israel menembak gas pemedih mata ke arah para pemuda Palestin yang berusaha untuk mendekati lokasi.

Seperti biasanya, pasukan Israel memenuhi kawasan bersejarah Sabsatia,untuk menjamin keselamatan para pendatang Yahudi yang memasuki beramai-ramai untuk melakukan ritual keagamaan Talmud di situ.

Kawasan Sabsatia terletak di bahagian utara kota Nablus, sejauh 12 km. Di sana terdapat masjid Nabi Yahya dan beberapa tempat bersejarah berusia lebih dari 3000 tahun, para sejarawan menyebutnya sebagai Ibukota Romawi di Palestin. terdapat banyak

simbol bersejarah kota Sabsatia antara lain lapangan Bayadir “Bazlika Romawi”, Kuil Agustus, Gereja Kepala, yang didakwa sebagai kepala Yohana al-Mamadan (Yahya Alaihis Salam), yang dibangunkan sewaktu zaman Bizantium.

Kota Sabsatia merupakan tempat bersejarah terbesar di Palestin yang memiliki kedudukan keagamaan secara khusus.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman