Serbuan Ganas Zionis IOF Bunuh Wanita

Jumaat , 19-02-2021 – Seorang wanita warga emas Palestin meninggal dunia pada waktu subuh Rabu kerana serangan jantung setelah pasukan penjajah Zionis (IOF) menyerang rumah abangnya di timur Betlehem.

Menurut sumber tempatan, Rahma Abu Ahour yang berusia 67 tahun mengalami panik secara tiba-tiba dan meninggal dunia akibat serangan jantung setelah pasukan Israel menyerang rumah tersebut dengan ganas.

Abu Ahour dibawa ke sebuah hospital di bandar Beit Jala di mana dia dinyatakan meninggal dunia.

Menurut keluarganya, IOF merosakkan isi rumah dan merampas bendera dan papan tanda Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen