Tentera Israel Ceroboh Selatan Sempadan Gaza

Jumaat , 19-02-2021 – Sejumlah kenderaan tentera Israel telah menceroboh masuk ke kawasan pertanian di timur Kota Khan Yunis di selatan Gaza, diselang seli dengan beberapa tembakan, pada Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, tiga jentolak berperisai dan empat kereta kebal maju dari pos tentera di belakang pagar keselamatan ke kawasan pertanian di sebelah timur Khan Yunis dan mula meratakan tanah dan menghasilkan timbunan tanah.

Tentera Israel juga melepaskan tembakan peluru hidup dan bom tangan secara berkala untuk memberi perlindungan kepada unit penyusup.

Kawasan sempadan timur Gaza sering terdedah kepada serangan ketenteraan dan tembakan dari pasukan tentera Israel, yang menghalang ratusan petani daripada mengusahakan tanah mereka yang berdekatan dengan pagar keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul