Tentera Israel Ratakan Tanah di Gaza

Selasa , 23-02-2021 –┬áTentera rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah melancarkan serangan terhad ke atas sempadan timur Semenanjung Gaza yang terkepung dan telah meratakan beberapa bidang tanah.

Menurut sumber tempatan, lima jentolak mara kira-kira 50 meter di timur Gaza, khususnya di sebelah timur bandar Wadi as-Salqa di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Jentolak berkenaan telah menggali dan meratakan tanah di kawasan berkenaan sambil dilindungi oleh unit tentera dan kereta kebal yang berada di belakang pagar sempadan.

Ini adalah serangan keempat Israel di Gaza dalam tempoh 72 jam terakhir.

Kawasan sempadan timur Gaza sering terdedah kepada serangan ketenteraan dan tembakan dari pasukan tentera Israel, yang menghalang ratusan petani daripada mengusahakan tanah mereka yang berdekatan dengan pagar keselamatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul