Hamas : Rice Di Tolak

Rabu,23/4/2008 –Gerakan Hamas telah menyatakan penolakan mereka terhadap syarat yang diutarakan oleh Condoleezza Rice selaku setiausaha kerajaan Amerika untuk gerakan tersebut semasa lawatannya ke Bahrin Isnin lepas dengan menyatakan bahawa pentadbiran Amerika tidak mengiktiraf Gerakan tersebut maka sekaligus tidak boleh menyatakan sebarang terma.

Di dalam kenyataan ekslusif, Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas berkata, “apabila Rice dan pentadbiran US telah mengiktiraf Hamas dan hak orang Palestin, barulah gerakan tersebut bersetuju untuk mengadakan dialog dengan mereka, tetapi dengan sikap mereka yang sebegini, syarat tersebut ditolak.