Penyelidik Baitulmaqdis, Jamal Amr, Diusir Dari Aqsa 10 Hari

Jumaat , 26-02-2021 – Polis rejim Zionis telah mengeluarkan keputusan yang melarang penyelidik Baitulmaqdis Jamal Amr dari memasuki Masjid Al-Aqsa untuk tempoh 10 hari yang boleh dilanjutkan, setelah menahannya buat beberapa waktu.

Anak lelaki Amr, Radwan, memberitahu bahawa petugas di pusat tahanan Moskobiya di Baitulmaqdis barat telah menyoal siasat bapanya mengenai tuduhan penglibatan dalam hasutan media mengenai Baitulmaqdis, kawasan Bab al-Rahma di Masjid Al-Aqsa dan kegiatan penempatan Israel.

Pada hari Ahad lalu pasukan polis dan pegawai perisik dari Shin Bet telah menyerbu kediaman Amr di kejiranan ath-Thori di Silwan untuk menahannya, tetapi beliau tiada di sana di ketika itu. Mereka kemudiannya menyerahkan saman kepada ahli keluarga Amr yang mengarahkan kehadiran segera di pusat Moskobiya .

November lalu, polis Israel telah menyerbu rumah Amr dan menculik anaknya Radwan, yang bekerja sebagai ketua jabatan manuskrip di Masjid Al-Aqsa, sebelum membebaskannya dengan syarat beliau menjauhkan diri dari Masjid berkenaan selama enam bulan.

Ketika mereka menculik Radwan, polis telah merampas komputer, telefon bimbit, dokumen dan buku dari kediaman mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul