1.5 Juta Rakyat Palestin di Gaza Perlukan Bantuan Sedunia.

Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, kementerian meminta pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa agar dapat menyelamatkan 1,500,000 penduduk daripada bencana kemanusian yang akan berlaku akibat kekurangan bekalan makanan asas serta mendesak Israel untuk membenarkan kemasukan bekalan bahan api .

Kenyataan tersebut memberitahu sejumlah peniaga mengadu kepada kementerian bahawa pemborong-pemborong Gaza tidak dapat menghantar barang-barang kepada mereka dengan segera kerana mereka menggunakan kenderaan yang ditarik oleh haiwan untuk mengangkut barangan.

Dalam konteks krisis bahan api, Dr. Basim Naim selaku Menteri Kesihatan Gaza telah memberi amaran ambulans-ambulans kementerian tidak dapat membawa para pesakit yang cedera akibat serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza lantaran kekurangan bekalan bahan api sambil menunjukkan para doktor dan pembantu perubatan juga tidak dapat sampai ke hospital-hospital berikutan kekurangan kenderaan pengangkutan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.