Ketua komander pejuang di Gaza syahid(doa)


Rabu, 6/10/2004- Ketua komander Jihad Islami syahid dalam serangan roket yang mana tepat mengenai kereta beliau di Jalur Gaza.

Bashir al-Dabbash adalah ahli senior pejuang Palestin yang syahid selepas pembunuhan Dr Aziz Rantisi.

“Israel akan melihat tindakan kami yang lebih berat selepas ini ke atas entiti Zionist”, berkata seorang pemimpin tempatan di sana.
(gambar kanan) Bangkai kereta as-syahid Bashir al-Dabbash

Sejurus selepas pembunuhan tersebut, 2 lagi pejuang Palestin syahid apabila roket yang dilancarkan melalui helikopter tepat mengenai mereka di kawasan kem pelarian Jabalya.

Manakala di utara Gaza, seorang remaja Palestin syahid apabila ditembak rejim jahanan Israel sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.

Iman al-Hams, 13 tahun ditembak oleh pengganas Israel dari menara di Tan al-Sultan berhampiran bandar Rafah.

20 butir peluru tertanam di tubuhnya. 5 aripadanya
mengenai kepala menurut Dr Ali Musa daripada hospital Rafah.

Wakil al-jazeera melaporkan suasana petugas kemanusiaan di sana amat kritikal kerana pengganas Israel memusnahkan rumah, memaksa orang keluar dari rumah dan menembak membabi buta kepada orang awam.

Penduduk turut mengalami masalah elektrik, air dan perubatan. Pencerobohan kebinatangan ini bermula Selasa lepas dan sehingga kini seramai 68 dilaporkan syahid.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.