Haneyya : Lawatan Carter Penting.

Rabu,23/4/2008 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin, Isnin lalu menegaskan bahawa lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter bukanlah sebagai pengantara sebaliknya lawatan beliau amat penting dari segi politik kerana ia melibatkan syarat-syarat de facto Palestin.

Di dalam satu sidang akhbar, beliau menerangkan bahawa Carter begitu memahami situasi sebenar yang berlaku di rantau tersebut terutama berkaitan dengan posisi Hamas.

PM tersebut berharap langkah-langkah yang di ambil di rantau itu termasuk penyertaan beliau di dalam mesyuarat Movement bersama Carter dan pimpinan Mesir akan membawa kepada keputusan yang tepat terutama berkaitan sekatan ke atas pengepungan dan serangan rejim Zionis di Gaza dan Tebing Barat.

Mengulas mengenai pengumuman Carter bahawa Hamas telah bersetuju dengan pungutan suara rakyat tentang perjanjian politik antara Palestin dan Israel, Haneyya berkata formula itu adalah sama seperti mana yang termaktub di dalam dokumen perjanjian nasional yang dipersetujui oleh majoriti penduduk Palestin. Menurut beliau, dokumen tersebut menggariskan sifat dan mekanisma seperti referendum beserta aspek-aspek politik dan undang-undang.

Haneyya berkata, Hamas menyambut baik tawaran untuk berdamai asalkan ianya menguntungkan dan memberi hak sama rata antara kedua-dua belah pihak, Gaza dan Tebing Barat.

Beliau akhirnya mealu-alukan lawatan Mahmoud Abbas ke Gaza dan berjanji untuk mendengar kata-kata beliau.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.