Gaza Makin Terhimpit !

Khamis , 24/4/2008 –UNRWA mengumumkan bahawa pertubuhan itu mungkin terpaksa menghentikan segala operasi bantuannya di Semenanjung Gaza Khamis ini lantaran kekurangan bekalan penting bahan api untuk trak-trak dan pusat bantuannya yang beroperasi di seluruh wilayah itu sambil merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya segera campur tangan untuk menyelamatkan maruah dan nyawa penduduk Gaza.

Pada sidang media itu, John Ging selaku pengarah operasi UNRWA di Gaza Rabu lalu menyatakan anggaran kematian, kemusnahan dan kekecewaan di Gaza semakin bertambah sambil memberitahu lebih daripada 53 kanak-kanak Palestin telah terbunuh manakala 177 yang lain cedera sejak akhir Januari lalu.

Ging menjelaskan kekurangan bahan api akan mendorong agar dihentikan pengedaran bekalan bantuan yang disediakan oleh UNRWA dan Program Makanan Sedunia (WFP) untuk lebih sejuta rakyat Palestin di Gaza sambil menunjukkan kilang-kilang dan bot-bot nelayan juga berhenti beroperasi manakala para petani tidak dapat bekerja disebabkan ketiadaan bahan api untuk menggerakkan pam-pam air bagi pengairan bagi tanaman mereka.