Haneyya : Kini segalanya terpulang kepada Israel.

Jumaat, 24/4/2008 –Perdana Menteri, Pihak Berkuasa Palestin, Ismail Haneyya berkata pada Rabu lepas bahawa kini terpulang kepada Israel apabila menyentuh mengenai perdamaian dengan menegaskan bahawa sebarang usaha damai mesti di lakukan secara menyeluruh merangkumi Gaza dan Tebing Barat dan di dalam persetujuan Nasional Palestin.

Di dalam ucapan perasmian Hospital Pakar Kanak-kanak, Haneyya menegaskan bahawa perdamaian tersebut mestilah selari dengan integiti kawasan Palestin dan kesatuan penduduk dan menambah bahawa mekanisma bagi perlaksanaannya adalah bersyarat bagi menghalang keganasan Israel.