7 Rakyat Palestin Diculik Semalam.

Jumaat, 24/4/2008 –Subuh Khamis lalu, askar-askar Rejim Zionis telah menculik tujuh rakyat Palestin di bandar Nablus termasuk tiga lelaki sementara yang lain telah ditangkap berikutan kempen penangkapan Rejim Zionis setiap hari di kebanyakan kawasan di Tebing Barat.

Penduduk tempatan melaporkan bahawa askar-askar telah melakukan kemusnahan di semua rumah semasa menceroboh bandar tersebut serta kawasan berdekatan dengan kem pelarian Balata.

Tiga rakyat Palestin lain diculik semasa sekatan jalanraya Zatara di timur Salift. Sementara itu di daerah Al-Khalil, sepuluh rakyat Palestin telah ditahan di kampung Dura pada Rabu lalu semasa seorang kanak-kanak dimasukkan ke hospital selepas seorang peneroka Israel melanggarnya di pintu masuk kem pelarian Arub di selatan bandar Al-Khalil.

Saksi-saksi berkata kanak-kanak berumur 6 tahun bernama Rafat Al-Titi dikejarkan ke hospital Israel berikutan keadaannya yang teruk.

Askar-askar Rejim Zionis menceroboh Jenin pada Khamis lalu sambil menggunakan helikopter Apache namun tiada penangkapan yang dilaporkan.