Hamas : Tuduhan Mengancam Mesir Adalah Tidak Benar.

Isnin, 28/4/2008 –Pergerakan Hamas dengan tegas menafikan kononnya ada rancangan untuk menjalankan satu operasi mengancam keselamatan Mesir sambil menerangkan keselamatan negara Mesir dan negara Arab lain adalah satu garisan merah yang tidak boleh dilalui.

Dalam satu siaran akhbar, Mohamed Nasr selaku ahli biro politik Hamas berkata pihak yang menuduh itu disifatkan sebagai “bermusuh” dengan rakyat Palestin, Arab dan Mesir berikutan usaha mereka membina tembok penghalang antara Hamas dan Kaherah dengan meluaskan lagi pembuatannya.

“Hubungan antara Mesir dan Hamas diurus dengan transparensi yang kukuh dan jelas; Saya tidak berfikir berita seperti itu akan menjejaskannya melainkan ia tidak menafikan pihak tertentu sedang mengganggu hubungan ini serta berusaha merosakkannya dan menggambarkan ianya dalam konteks berbeza,” kata Nasr sambil menunjukkan Hamas sangat berhati-hati terhadap pihak-pihak dengki ini serta tujuan mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.