Hamas Mengutuk Keputusan Kongres Amerika untuk Menjadikan Palestin Tanah Yahudi.

Rabu, 30/4/2008 –Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya pada hari Ahad tindakan kongres Amerika meluluskan satu resolusi yang meminta supaya menjadikan Palestin sebegai tanah air Yahudi dan tindakan ini merupakan satu kezaliman dan berat sebelah.

Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas berkata Hamas akan sentiasa menentang segala perancangan yang menidakkan hak-hak rakyat Palestin seperti hak pulang semula ke Palestin.

Barhoum berpendapat resolusi ini membuktikan segala perbincangan, perjanjian dan pelan damai presiden Amerika George Bush dengan presiden Palestin Mahmoud Abbas hanyalah permainan semata-mata dan untuk membeli masa bagi kepentingan Israel. Ini juga membuktikan puak pelobi Zionis mengawal institusi politik dan dasar luar negeri Amerika dengan mengabaikan segala saranan dan seruan dari rakyat Amerika dan hak rakyat Palestin.

Barhoum menggesa masyarakat antarabangsa bersatu menentang kezaliman Amerika dan Israel. Beliau juga menguatkan lagi cadangan beliau untuk segerakan penubuhan pakatan negara Arab dan Islam dalam mempertahankan Palestin daripada menjadi mangsa kerakusan Amerika dan Israel.