20 kes kematian Corona, 2093 kes jangkitan baru di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Selasa, 30-03-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan 20 kes kematian baru berkaitan dengan COVID-19 (virus corona) , 2093 kes baru dan 2,164 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Tebing Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut laporan harian kementerian, 18 mangsa kematian akibat virus berasal dari kawasan yang berbeza dari Tebing Barat dan juga 2 dari Gaza. 205 pesakit kes kritikal COVID-19 juga menerima rawatan intensif di hospital dan 69 dari mereka telah ditempatkan dengan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad