Polis Rejim Zionis Israel mengotori Masjid al-Aqsa


Baitul Maqdis , Selasa, 5/10/2004 – Polis rejim Zionis Israel dan juga agen-agen mereka telah menceroboh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan juga Musolla Marwaniyyah pada 3/10/2004 dalam usaha mereka untuk mencari keretakan di Masjid al-Aqsa.

Polis-polis dan agen-agen tersebut seperti mana yang telah dilaporkan oleh Muassash al-Aqsa li-I’maar telah menceroboh masuk ke dalam kawasan tersebut pada waktu siang sebelum zohor dengan berpakaian biasa.

Syeikh Muhammad Hussain, khatib Masjid al-Aqsa telah cuba melarang mereka, tetapi tidak diendahkan oleh polis-polis tersebut dan mereka terus menyerbu masuk tanpa kebenaran Syeikh itu. Sewaktu mereka sedang berada di dalam masjid dengan alasan mencari kesan-kesan keretakan seperti mana yang didakwa oleh Sharon demi menghalang umat Islam dari mengunjungi Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan, helikopter perang rejim Zionis Israel berlegar-legar di atas ruang udara Masjid.

Semalam, rejim Zionis telah menutup semua jalan menuju ke kota lama Baitul Maqdis dan melarang umat Islam dari memasuki Masjid al-Aqsa kecuali setelah menjalani pemeriksaan keselamatan. Mereka, walau bagaimanapun membenarkan penduduk Yahudi memasuki Masjid berkenaan tanpa sebarang sekatan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.