Krisis bahan api: Gaza dibanjiri dengan air buangan.

Rabu, 30/4/2008 –Jawatankuasa anti-pengapungan telah memberi amaran bahawa jalan-jalan di Gaza kemungkinan akan di banjiri dengan air buangan dari saliran akibat krisis bahan api dan kekejaman Israel yang enggan membawa masuk sebarang bahan petroleum ke negara tersebut.

Jawatankuasa itu juga menggariskan bahawa keadaan Gaza menjadi semakin buruk saban hari akibat krisis bahan api dan memberi impak negatif kepada negara di mana krisis tersebut telah melumpuhkan perkhidmatan-perkhidmatan penting seperti perkhidmatan ambulans dan pungutan sampah.