Industri Di Gaza Musnah Akibat Kepungan Rejim Zionis.

Rabu, 30/4/2008 –Dr. Ahmed Bahar selaku Speaker PLC dalam satu lawatan kepada sebilangan institusi industri Palestin yang telah dimusnahkan dan ditutup di Semenanjung Gaza telah berkata kesan-kesan kepungan Israel seperti “amukan yang dilakukan oleh Israel terhadap 400 kilang di situ.”

Dr. Bahar menyatakan pengepungan Israel memberi kesan terhadap segenap lapisan masyarakat di Gaza termasuk lebih daripada 200,000 orang pekerja yang berada dalam senarai penganggur disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan api yang diperlukan untuk memboleh kilang-kilang itu beroperasi.

Speaker itu meminta masyarakat antarabangsa supaya merasa perlunya tanggungjawab terhadap institusi-institusi industri yang wujud sama ada musnah akibat serangan udara Israel atau ditutup disebabkan kepungan Israel yang menyeksakan di Gaza.