Industri Perikanan Gaza Merudum.

Isnin, 05/05/2008 –Jawatankuasa popular mengenai pengepungan Ahad lalu telah menyatakan laporan awal menunjukkan kerugian industri perikanan setiap hari di Semenanjung Gaza dianggarkan sebanyak 70 ribu dolar ditambah dengan 30 ribu dolar kerugian setiap hari akibat para nelayan tidak mampu untuk mengeksport ikan mereka ke pasaran di luar Gaza.

Pada sidang media yang berlangsung di Deir Al-Balah harbor, Rami Abdo selaku jurucakap untuk jawatankuasa tersebut berkata jumlah kerugian sejak bermulanya kepungan Israel sehingga hari ini adalah lebih $27,000,000.

Jurucakap itu juga menghuraikan 70,000 penduduk di Gaza bergantung pada produk perikanan, 3,500 nelayan bergantung hidup pada profesion ini manakala 3,000 yang lain menjadi penganggur.