Dipenjara 20 tahun, Barier Ditangkap semula Selepas 24 Jam Dibebaskan

Isnin, 05-04-2021 – Tentera Israel mengeledah rumah tawanan Al-Quds yang baru bebas, Majed Barier di baldah Silwan di kota Al-Quds setelah baru 24 jam dibebaskan.

Pihak Bulan Sabit Merah Palestin menegaskan, krew mereka menguruskan 12 mangsa yang tercedera luka akibat semprotan gas air mata dan luka pukul serta luka tembakan peluru karet dalam pertembungan dengan pasukan Israel ketika operasi menangkap Barier.

Bulan Sabit Merah menyebutkan, sejumlah warga dirawat di tempat kejadian sementara sebahagian lain dibawa ke hospital.

Pasukan Israel melakukan tindakan penganiyaan dan kekerasan dengan memukul serta melepaskan gas ke arah keluarga Barier dan warga yang sedang merayakan pembebasan Barier setelah dipenjara Israel selama 20 tahun.

Pasukan penjajah Israel membebaskan Barier, dari baldah Silwan pada Isnin lalu setelah ditunda beberapa ketika kerana penduduk Palestin akan merayakan pembebasannya di rumah keluarganya.

Barier Ditangkap Israel pada 30 Mei 2001 dalam operasi penangkapan yang menyasar warga Al-Quds. Majed dipenjara 20 tahun dengan tuduhan melawan penjajah dan terlibat dengan Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin. Beliau meninggalkan isteri dan anaknya Muntasir dan anak perempuannya Zeinah yang belum 15 hari usianya ketika itu.

Majed dan rakan-rakannya diisoal-siasat dengan cara yang berat dan lama oleh perisikan Israel di Maskobiyah.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman