Kawasan Pertanian Gaza Dicerobohi Rejim Zionis.

Khamis, 22/05/2008 –Kementerian Pertanian dalam kerajaan sah Palestin di Semenanjung Gaza pada Rabu lalu menyatakan askar-askar rejim Zionis telah meredah kawasan-kawasan pertanian yang luas di bahagian timur Semenanjung Gaza yang dianggap jelapang makanan bagi 1.5 juta rakyat Palestin tinggal di sana.

Menurut satu laporan dikeluarkan oleh kementerian itu dan satu salinan telah diperolehi PIC, tentera penceroboh Israel memusnahkan pokok-pokok yang berbuah dan merosakkan tanaman dan perigi di kampung-kampung Shokeh dan Sofa, timur bandar Khan Younis sejak minggu lalu selain merosakkan ladang-ladang ternakan yang dianggarkan berjumlah 1.5 juta dolar.

One Comment

Comments are closed.