Nasif: Serangan Israel Hanya Akan Menjadi Bara Api.

Khamis, 22/05/2008 –Ahli biro politik Hamas, Ra’fat Nasif memberi amaran kepada Israel bahawa setiap pencerobohan mereka di Semenanjung Gaza hanya akan menjadi bara api yang akan membakar seluruh rantau itu.

Di dalam satu sidang akhbar, Nasif berkata bahawa penyokong projek Amerika mencuba pelbagai cara seperti sekatan, pencerobohan dan kebuluran untuk menjatuhkan kerajaan Palestin di Gaza dan berharap cara itu akan memaksa penduduk Palestin di sana untuk memberontak pada kerajaan berperlembagaan mereka. Namun, apabila mereka gagal mereka mula berfikir untuk menggunakan tindakan ketenteraan untuk menghapuskan kerajaan ini