Hamas Restui Perjanjian Doha Mahu Arab Main Peranan Sama Menangani Isu Palestin.

Khamis, 22/05/2008 –Gerakan Hamas mengalu-alukan Perjanjian Doha yang telah dipersetujui oleh semua kumpulan Lubnan dalam mengelakkan perang saudara selepas mereka menepikan kepentingan masing-masing demi keamanan Lubnan.

Fawzi Barhoum mengiktiraf usaha yang dimainkan oleh jawatankuasa Arab itu yang dipimpin oleh Qatar dan mahu usaha sama dimainkan dalam menangani isu Palestin dengan menyatukan semua kumpulan yang bertelagah di Palestin seterusnya dapat menumpukan usaha dan perjuangan sebenar rakyat Palestin dalam mendapatkan hak dan kebebasan mereka.

Terlebih dahulu, kerajaan Palestin di Gaza telah pun menjemput jawatankuasa Arab itu untuk melawat Gaza dan Tebing Barat dalam usaha menyatukan semua kumpulan Palestin dan mengaktifkan keputusan untuk membatalkan sekatan ke atas Gaza