PBB kecewakan rakyat Palestin


Khamis,7/10/2004 – Amerika Syarikat (AS) semalam menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat satu draf resolusi yang menggesa Israel supaya menghentikan operasi tenteranya di Genting Gaza.

Britain, Jerman dan Romania berkecuali dalam pengundian itu manakala 11 negara anggota yang lain mengundi menyokong.

Resolusi itu, yang disokong oleh negara-negara Arab, memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi daripada 15 negara anggota Majlis Keselamatan.

Pada waktu yang sama, resolusi itu juga mestilah mengelakkan kuasa veto daripada lima anggota tetap yang terdiri daripada Britain, China, Perancis, Rusia dan AS.

Duta Algeria, Abdallah Baali, yang mana negaranya mengemukakan draf resolusi itu bagi pihak negara-negara Arab berkata, “Majlis Keselamatan sekali lagi menghampakan masyarakat Palestin.”

“Ia merupakan hari yang menyedihkan bagi masyarakat Palestin dan juga bagi perjuangan untuk menegakkan keadilan,” katanya.

Resolusi yang dicadangkan itu menggesa “supaya dihentikan segera kesemua operasi tentera di kawasan Gaza Utara dan pengunduran tentera Israel dari kawasan itu.” – AFP

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.