Ahli Hamas diculik setelah sebulan dibebaskan.

Jumaat, 23/05/2008 –Pada waktu malam Rabu lalu, askar-askar rejim Zionis telah menculik Sheikh Ibrahim Jabr, 45, salah seorang yang pemimpin terkemuka Hamas di kem pelarian Jenin, hanya sebulan selepas dia dibebaskan daripada penjara PA di Ramallah.

Sumber penduduk tempatan Palestin ketika memberitahu wartawan rejim Zionis berkata, sejumlah besar askar-askar rejim Zionis menceroboh kem dan mengepung serta menggeledah rumah Syeikh sebelum menculiknya.

Dalam pada itu, keluarga tahanan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis merayu kepada semua institusi hak asasi manusia agar segera campur tangan bagi menghentikan langkah-langkah yang hendak diambil oleh mahkamah-mahkamah orang Israel terhadap anak-anak mereka.