Gencatan Senjata Mesti Seiring Batalkan Kepungan Gaza

Isnin, 02/06/2008 –
Dr. Ahmed Bahar, Speaker PLC pada Ahad lalu menyatakan gencatan senjata dengan rejim Zionis mestilah seiring dengan pembatalan kepungan di Gaza dan membuka lintasan dan pada masa yang sama askar Israel yang ditawan tidak akan dibebaskan sehinggalah Israel membebaskan tahanan-tahanan Palestin.

Dalam satu program yang diatur oleh persatuan Wa’ed untuk tahanan-tahanan bersama dengan Dr. Aziz Dweik yang merupakan Speaker PLC yang dikurung di penjara Israel, Dr. Bahar menekankan yang Hamas tidak akan memberikan Israel perdamaian selagi tidak menamatkan pengepungan di Gaza.

Dalam konteks yang lain, speaker itu dijemput oleh Presiden PA Mahmoud Abbas untuk datang ke Gaza bagi memulakan segera dialog komprehensif untuk memulihkan perpaduan dan jua untuk menghadapi golongan Zio-Amerika.