Hammerstein : Keadaan di Al-Khalil Amat Teruk !

Isnin, 02/06/2008 –David Hammerstein, Ahli Parlimen Eropah, Sabtu lepas mengutuk situasi kemanusian di bandar Al-Khalil , selatan Tebing Barat, menambah bahawa bandar
tersebut di bawah pemerintahan paling buruk di bawah pendudukan Israel.

Semasa lawatan oleh wakil-wakil Parlimen Eropah ke bandar Al-Khalil di mana mereka melihat sendiri penderitaan warganegara penduduk Palestin dan menemui Ali Al-Qawasmi, Ketua Jawatankuasa Pembinaan Semula Al-Khalil. Beliau telah memberi taklimat delegasi tentang keadaan hidup yang teruk di bandar tersebut.

Emad Hamdan, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Jawatankuasa Pembinaan Semula, menjelaskan kepada delegasi ahli2 Zionis berhasrat untuk mengambil tempat warganegara Palestin daripada bandar lama dan mengembangkan penempatan Yahudi.