Haneyya : Kenyataan Abbas Di Alukan.

Selasa, 03/06/2008 –
Perdana Menteri kerajaan sementara PA di Gaza, Ismail Haneyya Isnin lalu mengalu-alukan kenyataan daripada Preseden PA, Mahmoud Abbas yang mengalu-alukan mana-mana usaha Arab atau antarabangsa untuk menamatkan pembahagian negeri dalam Palestin.

Haneyya dalam satu kenyataan ringkas mengulangi permintaannya terhadap Liga Arab untuk melakukan “usaha serius” bagi menamatkan keretakan penduduk Palestin dan mencapai pendamaian dalam negara.

Abbas telah memberitahu dalam satu sidang media bersama Menteri Luar Jerman yang melawat Ramallah bahawa beliau mengalu-alukan sebarang usaha yang bertujuan untuk mendamaikan antara Fatah dengan Hamas.

Beliau menambah, “Kita menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan selepas Deklarasi Makkah tetapi sangat dikesali ia tidak berakhir”.