Baitul Maqdis terdedah kepada serangan Judaism.

Selasa, 03/06/2008 –
Persatuan Islamik-Kristian sedang cuba melindungi Baitul Maqdis dan tempat penyembahan mereka dari serangan Judaism serta beberapa bangunan bersejarah berdekatan Masjidil Aqsa yang di ancam runtuh.

Dalam satu kenyataan akhbar, Dr. Hasan Khater, setiausaha agung persatuan itu menambah, pembangunan yang dilakukan oleh pihak Israel adalah bertujuan menghapuskan bandar lama yang menempatkan rakyat Palestin dan membina semula bandar tersebut untuk di jadikan kawasan kejiranan Yahudi. Beliau memberi amaran jika ini berlaku, ia akan menjadi hubungan terakhir dalam rangkaian Judaism di BaitulMaqdis.