Mahkamah Israel memanjangkan tempoh tahanan Ahli Parlimen Palestin 6 tahun.

Rabu, 04/06/2008 –Keluarga kepada Hasan Yousef, seorang pemimpin Hamas yang terkenal di Tebing Barat yang juga seorang ahli parlimen, melaporkan bahawa mahkamah tentera Israel di Penjara Ofer telah memanjangkan tempoh hukuman daripada empat kepada enam tahun.

Keluarganya memberitahu bahawa warden-warden Israel membawa MP Yousef daripada sel tahanannya di penjara Hadarim kepada mahkamah penjara Ofer tanpa memberitahu mereka atau peguamnya dan menambah dua tahun lagi kepada beliau yang sebelum ini
dijatuhkan hukuman sebanyak empat tahun penjara.

Di dalam perkembangan lain pula, askar-askar Israel telah meculik empat orang rakyat Palestin yang dikaitkan dengan Hamas pada Subuh Selasa lalu selepas mereka dibebaskan daripada penjara PA di Ramallah. Askar Israel sebelumnya telah mengebom Bandar Faraon dan Dir Al-Ghusoon di Tulkarem.