FAO : Selamatkan Gaza !

Rabu, 04/06/2008 –Gabungan pertubuhan kebangsaan untuk menghapuskan kemiskinan di Palestin telah menyeru Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO) agar segera menggerakkan usaha menyelamatkan penduduk Palestin di Gaza.

Gabungan itu juga telah menghantar mesej terbuka kepada FAO yang menjadi hos bagi satu persidangan mengenai perubahan iklim dan tenaga bio di ibu negara Itali, Rom di mana mereka memberi amaran bahawa 58% penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat kini hidup di bawah paras kemiskinan.

Mesej itu turut mendedahkan beberapa tindakan Israel terhadap petani-petani Palestin, termasuk meratakan ladang-ladang dengan jentolak dan mencabut tanaman berbuah disamping lambakan pasaran Palestin dengan produk-produk Israel dengan tujuan menambah lagi kerugian petani-petani Palestin serta menggalakkan untuk meninggalkan tanah mereka