Abu Marzouk menyelar mesyuarat Abbas-Olmert.

Rabu, 04/06/2008 –Senior pemimpin Hamas, Dr. Mousa Abu Marzouk mengutuk mesyuarat antara pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel di BaitulMaqdis, Ehud Olmert. Beliau menegaskan bahawa mesyuarat seumpama itu hanyalah untuk melindungi jenayah-jenayah Israel.

Di dalam satu temu bual, Abu Marzouk yang juga merupakan Timbalan Ketua biro politik Hamas menekankan bahawa mesyuarat Abbas –Olmert itu hanya sebagai satu peluang untuk Olmert menyelamatkan dirinya daripada kancah skandal-skandal politiknya.