Gaza Hampir Utk Di Serang Rejim Zionis ?

Isnin, 09/06/2008 –Mitan Velnai, Timbalan Menteri Pertahanan Israel Ahad lalu telah mendedahkan bahawa serangan tentera Israel ke Semenanjung Gaza Strip hanya menunggu masa sahaja dan ia semakin hampir.

Kenyataan Velnai dibuat semasa lawatan beliau bertemu keluarga peneroka Israel yang terbunuh dalam serangan tindakan balas para pejuang Palestin di Ashkol, barat Negev, Sabtu lalu yang kebanyakan pihak menggambarkannya sebagai cara untuk menenangkan peneroka-peneroka Israel.

Rejim Zionis telah membunuh beratus-beratus penduduk Palestin dan mencederakan beratus-beratus yang lain sejak awal tahun ini dengan menyerang melalui udara dan kereta kebal, ditambah dengan 185 pesakit warga Palestin yang mati selepas Israel menahan permit keluar mereka untuk menerima rawatan perubatan di luar kepungan Semenanjung Gaza, menurut rekod penduduk Palestin.