Senegal Ketemukan Hamas dan Fatah.

Isnin, 09/06/2008 –Delegasi Hamas dan Fatah telah menutup pertemuan tiga hari di Dakar di bawah tajaan Senegal dengan satu perjanjian bahawa akan terdapat lebih banyak lagi pertemuan bagi membincangkan kaedah memperbaiki hubungan di antara sesama penduduk Palestin.

Satu kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh kedua belah pihak bersama menteri luar Senegal berkata bahawa delegasi Palestin berterima kasih kepada kerajaan Senegal kerana memberi usaha dan menekankan bahawa orang tengah Senegal akan menghubungi ketua dari kedua belah pihak bagi menentukan pertemuan seterusnya.