2 remaja Palestin berkecai ditembak kereta kebal Israel


Jabaliya, Jumaat, 8/10/2004- Dua remaja Palestin menjadi mangsa terbaru kekejaman Israel apabila dibunuh askar Yahudi di kem pelarian Jabaliya semalam, dalam operasi zalim rejim Zionis di utara Gaza yang masuk hari kesembilan semalam.


Doktor Palestin berkata, mayat Sliman Abu Ful, 12, dan Raed Abu Zeid, 14, hancur berkecai selepas ditembak, dipercayai meriam kereta kebal tentera Yahudi itu.

Tentera Israel dengan angkuhnya mendakwa dua mangsa muda itu ditembak kerana sedang bersiap ?melancarkan roket.?

?Oleh itu, mereka ditembak dengan roket dilancarkan helikopter tempur,? kata jurucakap tentera Yahudi.

Golongan muda Palestin sememangnya menjadi antara sasaran utama askar Yahudi dalam operasi kejam mereka. Seorang remaja Palestin yang cedera ditembak tentera Yahudi di Jabaliya awal minggu ini, mati di sebuah hospital semalam, kata sumber hospital.

(gambar kanan) ‘Sniper’ pengganas Israel sedang mencari mangsa…

Mohammed Abu Seif, 16, ditembak pada lehernya dalam kejadian 1 Oktober lalu dan mati di Hospital Shifa, Gaza.

Kematiannya menjadikan 91 rakyat Palestin mati di tangan tentera Yahudi sejak askar Israel membanjiri Semenanjung Gaza, 28 September lalu. Lima askar Israel turut maut dalam pencerobohan berkenaan.

Di sebalik operasi tentera Israel itu, dua bedilan roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel semalam. Sumber tentera Yahudi bagaimanapun mendakwa ia tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa, kecuali merosakkan sebuah rumah.

Serangan roket itu mengenai sasaran di bandar Sderot yang tidak sampai satu kilometer jauhnya dari sempadan Gaza.

Peluru berpandu yang digunakan pejuang Palestin, boleh membawa letupan seberat lima kilogram dengan jarak kemampuan 10 kilometer.

Kelmarin, pejuang Hamas memberi amaran akan meneruskan dan meningkatkan serangan roket ke atas Israel, biarpun selepas negara Yahudi itu meninggalkan utara Semenanjung Gaza.

?Perjuangan kita tidak akan berakhir. Pihak musuh akan berundur di bawah hujan bedilan roket,? kata sekumpulan pejuang Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas yang memakai topeng ketika bercakap kepada wartawan di bandar Beit Lahia.

Mereka berkata, kumpulan itu tidak teragak-agak menggugurkan roket jarak jauh bagi membolehkan serangan jauh ke dalam kawasan Israel.

Pegawai Yahudi pula tidak menunjukkan sebarang rasa kesal biarpun dikecam hebat masyarakat antarabangsa berhubung operasi kejam yang menyaksikan 11 negara menyokong deraf resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, malam Selasa lalu dengan tiga negara berkecuali dan Washington, sekutu rapat Tel Aviv menjadi negara tunggal membantah.

Amerika menggunakan kuasa vetonya menyekat teks deraf itu diterima.

?Operasi itu akan diteruskan selama mana pun sehinggalah pihak tentera dapat memastikan tiada lagi serangan di kawasan Yahudi di Gaza,? kata seorang pegawai kanan kerajaan yang enggan dikenali. ? AFP

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.